top of page

AKTIVITI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

​

JABATAN PENYELIDIKAN DAN

INOVASI PROFESIONALISME KEGURUAN

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

​

2016

​

SESI PERKONGSIAN GURU

​

 TAJUK : DATA ANALISIS

7 Mac 2016

2.15 hingga 3.30 petang

Ruang perbincangan GERKO IPGKPT

t 

​

Sesi perkongsian ini telah melibatkan semua ahli jabatan JPIPK, yang mana dua daripadanya iaitu En. Sanmugam dan Pn. Amalina adalah sebagai pemudah cara. Pelaksanaannya dapat memberi kefahaman yang jelas tentang alat kolaboratif ‘Data Analisis’ kepada setiap ahli jabatan JPIPK. Dalam sesi yang sama, JPIPK telah berjaya merangka aktiviti PLC jabatan yang bersesuaian dengan menggunakan alat kolaboratif tersebut, selari dengan fungsi jabatan. 

 

 

DATA ANALISIS:

BUDAYA PENYELIDIKAN DALAM KALANGAN PENSYARAH IPGKPT
Dalam usaha untuk memahami budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPGKPT, satu sesi perjumpaan telah diadakan bagi tujuan tersebut. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang melibatkan alat kolaboratif ‘Data Analisis’. Ianya diadakan pada 7 Mac 2016, iaitu hari yang sama selepas sesi perkongsian guru. Aktiviti ini bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan dalam memilih data yang sesuai bagi memahami masalah berkaitan dengan budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPGKPT dan seterusnya membina soalan kaji selidik yang berkaitan.
Pada akhir aktiviti, satu borang soal selidik telah dihasilkan untuk digunakan bagi mendapatkan data bagi tujuan membantu jabatan memahami isu-isu yang mempengaruhi kerja-kerja penyelidikan dalam kalangan pensyarah IPGKPT.

 

bottom of page